Asal Usul nama blog

Aku rasa tidak ramai yang mengenali IKAN KELABA,kat kampung aku ikan nie memang popular,kalau buat bakar fehhhhh......menjilat jari beb...nak pulak bakar ketika dia masih fresh lagi...wo marvelas...aku mula telan air liur dah nie.
Sewaktu aku nak buat blog puas aku mencari nama apa nak letak kat blog aku nie,agak susah nak fikirkan nama yang best kononnye,nak cari nama yang boleh cepat popular,tapi biasalah nama yang best dah ada orang ambik dah.Akhirnya aku teringat nak makan ikan kelaba bakar,oleh kerana ramai yang tak tahu jenis ikan tu jadi sambil aku guna nama kelaba,boleh juga aku perkenalkan ikan kelaba.Memang best beb..isinye manis,kalau yang gemarkan ikan sungai elok test ikan nie,buat bakar tak payah teruk-teruk..taruk kunyit ngan garam udahle...Takpe aku nie bukan jenis yang kedekut ilmu so aku telah kongsikan satu resepi yang simple dan lazat.
Untuk kaki pancing plak,kalau try memancing ikan nie,confirm anda akan puas,ikan kelaba memang kuat kalau dia tarik fuuhhhhh....letih jugaklah nak bawa naik ke darat...
0 comments:
Post a Comment