Saturday, March 27, 2010
Monday, March 22, 2010
Gambir Sarawak
Kepada member2 yang sayangkan isteri..
Aku sekarang dah jadi tauke gambir,pada mulanye malu jugak aku nak menjual gambir nie,tetapi setelah dipujuk oleh hatiku sendiri agar lupakan perasaan malu,menjual gambir nie bukan sahaja nak cari untung malah boleh membantu pasangan suami isteri agar lebih memahami kepuasan masing-masing.Justeru itu aku bertekad untuk membantu kaum suami agar menjadi hebat ketika bertarung,malulah kita sebagai lelaki kalau letak je terus lemah.
Aduh.... ayuh dong bangun dong,cari inisiatif agar kita menajadi hero didepan isteri kita.Malu bang oooo..kalu tak sampai dua minit dah pengsan atas perut.Nie nak bagitau,kalau abg pekena getah gambir sarawak nie,fuhhhhh.....malas nak cerita...tiada kata yang patut digambarkan melainkan anda nikmati sendiri....
Keluarga bahagia rumahtangga sejahtera.
Lama dah tak sentuh Blog
Sejak dua menjak nie aku busy skit,sampai nak tulis apa dalam blog dah tak pandai.
Sekarang dunia makin canggih,macam2 kita boleh tahu,maklumat sampai dengan begitu pantas.
Yang aku heran oleh kerana terlalu pantas,ada blog member aku tu,sampai dia mencakul pun nak heboh satu dunia,update kat blog dia,fuhhh dahsyat/dahsyat..tak lama lagi mak bapak nak begaduh pun tak berani,silap haribulan anak rakam masuk dalam Youtube...awas mak bapak zaman sekarang,zaman sudah canggih...
Friday, January 15, 2010
Satu lagi kes 'buang bapa' di Perlis
Seorang lelaki berusia 60 tahun yang menghidap sakit buah pinggang mengadu ditinggalkan oleh anaknya di sebuah pusat haemodialisis di Kangar semalam tanpa dijemput pulang selepas menjalani rawatan.Lelaki itu, yang berasal dari Kodiang, Kedah, menunggu untuk dijemput oleh anaknya selepas selesai rawatan itu tetapi sehingga pusat itu menutup operasinya lewat petang, tiada siapa yang datang menjemputnya.Kerana bimbangkan keselamatan lelaki itu, kakitangan pusat haemodialisis itu telah menghubungi anaknya tetapi anaknya itu tidak datang.Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa ketika ditemui pemberita hari ini berkata, hasil temubual mendapati lelaki itu menerima rawatan di pusat itu setiap tiga minggu dengan dibiayai oleh seorang anak perempuannya.Lelaki itu juga dikatakan pernah kecil hati terhadap tindakan tertentu anaknya sebelum ini dan mahu ditempatkan di rumah kebajikan.Ku Chik berkata, lelaki itu akan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan di Jejawi dekat Kangar selama 30 hari bagi proses kemasukan secara sukarela, dan jika tiada waris yang mahu menjaganya, dia akan ditempatkan di bawah penjagaan dan perlindungan jabatan itu.Pada 7 Jan lepas, seorang lelaki berusia 57 tahun ditinggalkan bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya di Behor Temak dekat sini.Lelaki itu dari Arau yang baru menjalani pembedahan jantung ditemui tidur di sebuah pondok bas.Dia kini ditempatkan di Rumah Kebajikan Batu Bertangkup, Chuping.- Sumber Bernama Jan 15, 10 4:38pm.
Ada jugak anak jenis macam..eloklah kita siarkan saja siapa anak pakcik tu,supaya boleh menjadi pengajaran kepada orang ramai..Kalau buang bayi kita dah dengar banyak sangat berlaku,agaknye tak lama lagi kita dengar kes buang ibu dan bapalah pulak. yelah perkara macam nie kena ambik serius,manusia kalau dia tahu benda yang boleh memalukan dia mybe dia tidak akan melakukanye lagi..
Dinner aku malam semalam
Semalam niatku hendak juga makan kat secret recipe,tetapi apakan dayaku,pabila ku melihat keatas dan kebawah,barulah aku sedar siapalah diriku ini.Aku hanya mempunyai RM6.50 je,bukan RM 65.00.Bagiku tempat macam secrect recipe tu adalah tempat orang-orang kaya.Header baru pulak

Thursday, January 14, 2010
Hujan Hari Sepanjang Hari
Memang lebat hujan hari nie dari pagi sampailah ke petang...Gua nie dengan hujan lemah skit..mudah mendapat selsema,aduh meleleh air hingus kua beb...
Gua kalau time hujan memang suka lepak kat dalam bilik,biasalah hujankan...nak jongging tak boleh,nak bersiar-siar pun tak boleh,jadi dok dalam bilik peluklah benda yang boleh menghangatkan badan.
Wednesday, January 13, 2010
Asal Usul nama blog

Aku rasa tidak ramai yang mengenali IKAN KELABA,kat kampung aku ikan nie memang popular,kalau buat bakar fehhhhh......menjilat jari beb...nak pulak bakar ketika dia masih fresh lagi...wo marvelas...aku mula telan air liur dah nie.
Sewaktu aku nak buat blog puas aku mencari nama apa nak letak kat blog aku nie,agak susah nak fikirkan nama yang best kononnye,nak cari nama yang boleh cepat popular,tapi biasalah nama yang best dah ada orang ambik dah.Akhirnya aku teringat nak makan ikan kelaba bakar,oleh kerana ramai yang tak tahu jenis ikan tu jadi sambil aku guna nama kelaba,boleh juga aku perkenalkan ikan kelaba.Memang best beb..isinye manis,kalau yang gemarkan ikan sungai elok test ikan nie,buat bakar tak payah teruk-teruk..taruk kunyit ngan garam udahle...Takpe aku nie bukan jenis yang kedekut ilmu so aku telah kongsikan satu resepi yang simple dan lazat.
Untuk kaki pancing plak,kalau try memancing ikan nie,confirm anda akan puas,ikan kelaba memang kuat kalau dia tarik fuuhhhhh....letih jugaklah nak bawa naik ke darat...
Sakit kepala
Orang sakit kepala kalau kerja banyak,aku pulak sakit kepala tak tahu nak tulis apa dalam blog nie,harap-harap aku tak mudah boring..heheeee aku nie jenis suka bercakap je menulis tak berapa minat,tapi takpe tak salah kalau nak mencuba,korang pun boleh menilai..
Read more...Monday, January 11, 2010
Salam perkenalan
Oleh kerana zaman dah makin moden,ramai orang berkongsi pendapat dan meluahkan sesuatu melaluai blog,jadi dengan ini aku juga ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan semua bakal rakan blogger samaada yang dah lama dan masih baru.
Diharap dengan kehadiran blog baru nie banyaklah abang blogger yang mahir boleh memberi tunjuk ajar kepada ku...dan diaharap juga anda sudi untuk berkongsi link dengan blogku ini.
Aku nie bukanlah pandai menulis sangat,atau lebih mudah pandai menyusun ayat,tetapi cukuplah sekadar aku mempamerkan gambar..hehe...
